Sunday, 30 December 2012


Sejarah di sebalik Susu Kambing



Nabi Adam
Bermulanya ‘Human Civilization’ (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan haiwan ternakan pertama di dunia.

Nabi Ibrahim
Merupakan penternak kambing yang agong. Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing2nya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

Nabi Isa
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

Nabi Muhammad SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik uqbah Mu’aith
(Dipetik dr Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com)

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW: Telah disediakan 3 jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu Kambing. Baginda memilih susu kambing (”minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”)

Dinasti China
Tahukah anda  Dinasti China semenjak 2,500 tahun dahulu Puteri-Puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing? Manakala masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan Meningkatkan Daya Ingatan, Ketahanan Badan dan Amalan Perubatan.

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa.

Cleopatra & Mahatma Gandhi
Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.



Friday, 28 December 2012

khasiat Hygoat


KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” seperti:

* Penyakit deman kuning. 
* Penyakit lemah jantung. 
* Penyakit darah tinggi. 
* Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala. 
* Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang. 
* Penyakit batuk kering atau TB. 
* Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis. 
* Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut. 
* Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin. 
* Sesuai diminum diwaktu pagi(sebelum bersarapan) dan malam(sebelum tidur). 

p/s:
Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja).



KELEBIHAN SUSU KAMBING 

* Paling hampir dengan susu ibu(minuman terbaik di dunia selepas susu ibu). 
* Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu 
kambing adalah sunnah). 
* Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila…). 
* Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu. 
* Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat. 
* Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun
sekali dan hanya seekor. 
* Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding 
kambing, setiap hari. 
* Susu kambing lebih mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu 
lembu memerlukan 2 jam.